<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


 
Jul 28, 2006
Part 25

"You scared me.I didn't know.Why don't you tell me.At least I prepared something.This is not fair.Are you playing games or what?" Bingit telinga Adam."Apa ni,hantar merisik pun salah ker? At least aku i'm doing a nice work.Nasib tak culik dia kawin kat Siam."Bisik hatinya. " I'm sorry ok.Ni plan my parents and my uncle.Sorry Dee,I tak boleh cakap banyak.My client is waiting for me outside.I call you back?" Satu dengusan kuat kedengaran sebelum Adriana menghempas telefonnya.Perempuan,mengamuk tu biasalah.

                                             ****************************************


Posted at 01:24 am by shacha_defined
Make a comment  

 
Jul 27, 2006
Part 24

" Eh!Kenapa full house hari ni?"Adriana tertanya. "Family awak datang sini ke Zizie." Adriana memandang Zizie yang duduk disebelahnya.Setelah mengambil keluar beberapa helai pakaian, dia menghala masuk ke garage kereta."Ehem!" Ada orang berdehem dari belakangnya.Nasib dia tak melompat.Kalau tak , jatuh saham. " Hai!" Adam menyapa. Adriana buat tak reti.Terus sahaja dia mengarah Zizie supaya masuk bersama. " Sorrylah ye.Boss marah.Angin satu badan." kata Zizie seakan -akan berbisik pada Adam supaya tidak di dengari oleh Dee.Laju je minah tu jalan.Keretapi mainan Iemeer pun kalah.Melihat tetamu yang seakan membanjiri ruang tamu utama rumahnya,Dee mencari alternatif lain untuk menyorokkan diri.Dia ke ruang belakang,di bahagian dapur.Ke kiri,ke kanan,tangan dah berpeluh.Panas!Panas!Terasa ingin saja dia lucutkan tudung yang dipakai time tu jugak.Dia meninjau di sebalik tiang.Bertembung mata dengan Adam.Gosh!Dia kembali melarikan diri. "Kalau tuan empunya diri setuju,bulan depan bolehlah di langsungkan acara bertunang."Kata salah seorang tetamu."Bertunang!Apa ni!"Jerit Adriana dalam hatinya.Nak protes tak boleh.Takut tetamu kat luar tu nanti ingat parents dia ada bela harimau dalam rumah. "Arghh!!What should i do?" Tangannya meraba-raba ke dalam perut beg tangan.Button di tekan ke huruf Z.Zizie.Dialing.3 deringan sahaja, si tuan punya diri menjawab."Dee...Dee kat mana?"Datanglah depan."Zizie menjauhkan diri daripada tetamu. Takut perbualan di dengari. "Zizie,I nak tanya you,am i the one yang akan bertunang,i mean, is the guests for me?"Adriana dah kelam kabut.Tak tentu arah.Depress. " Yes,but they still waiting for you and your answer.Come on Dee."pujuk Zizie.Talian diputuskan.Zizie turut risau dengan apa yang telah terjadi.Din berharap agar Dee membuat keputusan yang terbaik.Adriana menjadi kaget.Membeku di tepi peti aisnya tanpa sebarang kata.

 

                                                ******************************************



Posted at 08:33 pm by shacha_defined
Make a comment  

Part 23

Seorang wanita berumur terkedek-kedek berlari mendapatkan telefon yang berbunyi.Dengan segera dia mengangkat gagang telefon. "Assalamualaikum." Kedengaran suara perempuan di corong telefon. "Waalaikumsalam." Maisarah menjawab. " Boleh saya bertanya, ni rumah Encik Azlan dan Puan Maisarah ke?" Maisarah cuba meneka suara di talian.Tapi kurang pasti siapa pemanggilnya. " Ya." jawab Maisarah ringkas. " Akhirnya, alhamdulillah,dapat jugak saya bercakap dengan awak.Macam ni jelah,saya pendekkan cerita.Saya ni Nora, ibu kepada Adam.Jadi,kalau tidak keberatan,hujung minggu ni,saya sekeluarga nak ke teratak Puan Maisarah. Itupun,kalau sudi menerima kedatangan kami." celoteh Puan Nora.Maisarah tercenggang.Setahu dia,Adriana tak bagitau apa pun.Lagipun Adriana dah hampir berminggu tak cakap seperkara pun mengenai Adam. " Ya Allah, apa pula tak sudi.Jemputlah datang, nanti bolehlah makan tengahari bersama-sama." ajak Puan Maisarah.Setelah lebih kurang 5 minit di talian,Maisarah mencari suaminya. Pintu bilik bacaan dibuka,tiada orang.Dia turun kembali ke tepi kolam ikan, tak ada juga.Ke manalah hilangnya si suami.Berita itu harus di war-warkan dgn segera.Ada kunjungan istimewa pada hari minggu nanti.

 

                                                ***********************************


Posted at 07:07 pm by shacha_defined
Make a comment  

 
Jun 18, 2006
Part 22

Adam keliru.Macam-macam dia dah buat untuk pujuk Adriana.Tapi gadis tu masih lagi dingin terhadapnya.Dia tak tau macamana lagi dia perlu buat. "Encik Adam, Dato' Hanif ada diluar.Boleh dia masuk sekarang?" suara secreatary nya kedengaran di talian interkom. " Ok!" jawab Adam. Dia bangun membetulkan bajunya.Pintu diketuk dan Adam terus membukanya. "Hei!Tak payah susah-susah buka pintu untuk Uncle, Adam.Ieda kan ada dengan Uncle ni."ujar Dato' Hanif pada Adam. Adam tersenyum." Uncle nak minum apa-apa?"tanya Adam. " No,it's ok.Just having my breakfast with Auntie.Dia ada kat Mall sebelah,beli barang dapur sikit.So,jadi ke plan hujung minggu ni?" Dato' Hanif mula menyalakan curutnya. " Tak tahulah Uncle.Adam tak call pun family dia lagi.Nervous."Hanif memandang ke arah anak buahnya. " Lelaki mesti kuat Adam.Nak seribu daya,tak nak seribu dalih." Hem!Sebelum Uncle Hanif nya mengeluarkan pepatah-pepatah yang lain,baik dia buat keputusan segera. " Oklah Uncle,tonight Adam suruh abah call family dia and you should be there this weekend." kata Adam. " I always keep my promise boy.So,see you.Don't worry,everythings will be fine." Adam mengiringi pakciknya le lif. " Be tough my boy." Itulah ayat Dato Hanif sebelum pintu lif tertutup.Dia termenung sebentar di depan lif dan lamunannya dikejutkan oleh bunyi message handphone. "Be tough.You can do it."Message dari Dato' Hanif,unclenya.Dia hanya tersenyum dan berjalan masuk ke pejabatnya semula.Dia yakin,rancangan akan berjalan dengan lancar.Yakin boleh.  

                                 *****************************************************


Posted at 11:49 pm by shacha_defined
Make a comment  

Part 21

Selesai makan malam,mereka sekeluarga berhimpun di ruang tamu.Hanya berborak kosong. " Ok guys,Dee naik atas dulu." Adriana mengatur langkah pertama. " Tunggu dulu Dee." Tiba-tiba Puan Maisarah bersuara.Keadaan senyap seketika.Tapi Adriana masih berdiri dan melihat satu persatu muka yang ada disitu. "Dee,ma nak bincang dan tanya dengan Dee sikit.Boleh?" Adriana angguk dan kembali duduk disebelah adiknya. " What happen to you and Adam?Kenapa dia dah lama tak datang.Kamu masih merajuk dengan dia?" Ayahnya pula bersuara. Oh no! This is serious problem.Macamana nak jawab. " Kak Dee,jangan merajuk lama-lama.Nanti menyesal tak sudah.Apa yang kakak dapat kalau merajuk lama-lama?"Soal Ezri.Adriana semakin resah.Keluarganya seakan menyalahkan dia dengan apa yang telah terjadi. "Dee mana ada merajuk,cuma sakit hati.Ezri,can you see,he's lying to me about his life." Adriana menjawab balik pertanyaan adiknya. " He's not lying to me only but to all of you guys,the family.Dee tak boleh terima." sambung Adriana kembali. "Not to me." jawab Ezri ringkas.Maisarah mendengus. "Ma minta maaf,kalau pandangan Ma pada Adam sebelum ni keterlaluan.But i think he got the reasons gor all the things that he done  before.Things happen with a reason." Muka Adriana terus berubah bila mamanya berhujah sebegitu. "He's nice Dee.Dulu Dee jugak yang beria-ia suruh kami semua pujukk mama supaya terima Adam.Look what happen now?Dah terbalik." Dalila cuba mengingatkan adiknya. Adriana bangun. " I need time." ulas dia ringkas dan menghayun kaki ke anak tangga.Malas nak fikir.Kalau bincang benda ni,sampai besok pun tak habis. "Think for your future Dee." jerit ayahnya dari bawah.Mereka hanya memandang perlakuan Adriana dari bawah.Apa dah jadi?

                                       *************************************


Posted at 11:14 pm by shacha_defined
Make a comment  

Part 20

Setibanya Adriana di bilik pejabatnya, sekotak hadiah telah menanti untuk dibuka dia atas mejanya.Tak perlu meneka,dia dah tahu siapa penghantarnya.Rasa cemas dan berdebar-debar menyelinap di hati.Dia tarik kerusi.Perlahan-lahan kotak dibuka. " Kunci?" tanya Adriana pada dirinya.Hanya kotak berisi kunci,tak ada langsung note atau apa-apa yang bertulis diletakkan bersama.Adriana bingung.Tak faham.   

                              ***********************************************************


Posted at 09:31 pm by shacha_defined
Make a comment  

Part 19

"Acu,tolonglah Iemer kejap.Beratlah pasu ni.Ayah Chiek dah masuk dalam."termengah-mengah anak saudaranya mengangkat pasu bunga.Ezri pun satu,suka sangat buat kerja separuh jalan."Ye ye,mummy balik."jerit Iemeer.Kak Dalila,Abang Firdaus dan mamanya sibuk pergi membeli belah.Al-maklumlah,nak sambut menantu.Akhirnya Abang Firdaus bertemu jodoh.Konon tak ada girlfriend.Last-last suruh mama pergi merisik Zizi,secretary aku kat office tu.Punah-punah!Tapi nak buat macamana, dah jodoh diorang.Lepas ni,kakak ipar kerja satu office.Tak apa,be profesional. "Acu,Wan panggil." Terkejut Adriana dengan suara anak buahnya.Tak boleh tengok  orang senang langsung.Adriana cuci kaki sebelum masuk ke dalam. Nanti tak pasal-pasal pulak lantai rumah bercop hitam.5 bulan lagi Abang Firdaus akan bergelar suami.Dengan masa yang ada inilah, mereka sekeluarga menghabiskan masa bersama. Lepas ni mana boleh,Abang Firdaus ada komitmen lain.Syoknya,dapatlah tambah anak saudara lagi.Nak anak sendiri,tak tahu bila.Tiba-tiba dia terkenangkan nasibnya.Itulah,siapa suruh jual mahal sangat.

 

                                       ************************************************


Posted at 06:09 pm by shacha_defined
Make a comment  

 
Apr 25, 2006
Part 18

"Gary,nice play man."Gelak tawa mengiringi perbualan. "You should see her face Adam.She really confius and a lil bit disappointed." Asap rokok memenuhi ruang.Dah tu,dua-dua raja berasap.Nak buat cam ne. " If she really wanted to but that shop,what we gonna do." Hem!Persoalan tentang cafe.Actually cafe tu ditutup buat sementara waktu untuk renovation.Bukanlah untuk dijual atau disewa. " It take me an hour man for me to stay away from her and the shop.Lama betul dia kat situ.After she blah,I called the worker and ask him to pull out the signboard.Lucky nobody come adn ask about the shop.Kesian lah dia.Kenapa you buat macam tu lagi?You ha,you better take it easy."Gary cuba beri nasihat pada Adam,kawan baiknya dari kecil."Soon brother,this game will end.Finish.Tamat.You just wait and see.Happy ending."Adam memberi penjelasan.Dia ada cara tersendiri untuk memujuk hati Adriana.Kali ni,dia harap yang dia tidak akan tersilap langkah lagi.Hopefully lah.

                                          ********************************************


Posted at 07:39 pm by shacha_defined
Comments (2)  

Part 17

Sedang Adam leka membalas message,tiba-tiba handphone nya hang.Ada call masuk rupanya. " Honey Dee." Dia tersenyum."Assalamualaikum.Hai Dee." Dah 3 hari dia tidak mendengar suara pemanggil.Apa lagi,kes memberontak lah. "What happen to the cafe?" Adriana tiba-tiba bersuara.Opss!Perang lagi nampaknya."Amboi,you call I sebab nak tanya pasal cafe tu je ke?Em..nampaknya,you lebih sayangkan cafe tu daripada I." Ada bunyi keluhan kecil dihujung talian. "You nak bagitau ke tak nak?Kalau tak nak bagi tau,tak apalah."Adriana mula mendesak. "Apasal you ni beria-ia nak tahu?"Adam mula bermain kata.Adriana rasa macam nak kompang je muka Adam tu.Nasib baiklah bukan depan mata.Kalau tak,sure habis merah muka orang tu di cubitnya."Tak apalah.Kalau you ada apa-apa information daripada Gary,just let me know.Maybe I nak beli atau sewa kedai tu.Bye!" Tututututututttttttttttttt....Talian terputus.Adam tergamam.Betul ke apa yang dia dengar.Ada can ni.Yahoo!!!Lepas ni,planning akan berjalan dengan lancar.   

   

                                            ******************************************************


Posted at 07:09 pm by shacha_defined
Make a comment  

Part 16

"Tutup!" Tertera perkataan closed di depan pintu kaca cafe.Kelihatan seorang auntie India sedang menyapu didalam.Adriana menghampiri pintu lalu ditolak.Tak kunci!Dia menyusun langkah. " Auntie,kedai sudah tutup ke?" Wanita itu hanya mengangguk. " Itu bos,suruh kasi cuci ini kedai.Sikit jam nanti dia datang." Seketika kemudian,sebuah lori parking di jalan masuk kedai,di ikuti dengan sebuah kereta EVO berwarna merah." Hei Dee.What are you doing here?Sorry we're closed." Lelaki cina itu menanggalkan kacamatanya.Gary,tuan punya kedai,i mean share partner Adam untuk Red Carpet Cafe.Gary kelular semula dan memacakkan tanda "TO LET/FOR SALE."

"What happen?" Belum sempat dia bertanyakan pada Gary,pemuda itu terlebih dahulu mengangkat kaki masuk ke kereta dan melambaikan tangan ke arah Adriana.Adriana membalas lambaian dengan perasaan hampa.Dia memandang keadaan seluruh cafe.Carpet merah cafe mula digulung perlahan-lahan,sikit demi sedikit oleh pekerja yang diupah.Keliru!What's going on actually.Is there something wrong?

   

                                             **********************************************


Posted at 07:01 pm by shacha_defined
Make a comment  

Next Page